BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 10, 2009

Kesilapan seorang muslim di bulan Ramadhan Al Mubarak

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid
dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Santapan Rohani

Salam..untuk renungan bersama..

Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung...yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah.

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata “Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah.
Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya.”

Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.

InsyaALLAH sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak ini marilah rakan2 semua kita bermuhasabah diri..

Tuesday, August 4, 2009

pantang larang...


Salam...minggu lepas aku sekeluarga pegi jalan2 carik pasal merata ipoh ehehe..tengah lepak minum anak aku tunjuk pelangi..bila aku tenguk pelangi tu otometik membuatkan aku teringat waktu kecik2 aku takut betoi nak tunjuk pelangi pakai jari telunjuk sebab kata orang nanti jari kudung...ekeke betui ke?..ada sesapa tau reasoning tak bole tunjuk pelangi pakai jari telunjuk muehehe...

Tetapi dalam masyarakat kita banyak benda camtu...banyak pantang larang yang bila aku kecik2 aku percaya betui2..maksudnya aku tak nampak apa sebab sebenarnya pantang larang tu diturunkan oleh orang2 tua tapi bila dah beso ni baru la nampak apa kegunaannya...contohnya:

1) jangan lalu bawah ampaian..nanti kena culik dengan hantu - sebab sebenar adalah untuk supaya kita jangan lalu bawah ampaian dan langgar semua baju lalu jatuh..dulu hulubalang kan pegang tombak..jadi kalau lalu bawah ampaian buatnye sangkut bra,spenda kat tombak kan naya wakaka..

2) anak gadis jangan menyanyi kat dapur...nanti dapat suami tua - kakak aku selalu kena marah dengan mak aku dulu pasal ni...bila fikir balik rupanya pesan sebenar dia..jangan terleka masa masak nanti hangit...kalo anak lelaki nyanyi-dapat makjan muehehe..

Banyak pesanan orang2 tua yang sebenarnya bagus dalam kehidupan seharian kita tapi cara penyampaiannya agak terlalu tersirat dan nampak lebih kepada cuba menakut-nakutkan orang terutamanya budak2...ekeke..banyak kebaikannya pantang larang ni tapi bila difikir budak2 sekarang ni kalau nak di beri tunjuk ajar perlu dilakukan secara terus terang..tak perlu lagi secara berselindung dan tersirat seperti zaman dulu...

Tapi sayang jugak kalau budaya pantang larang ni terlupus akibat daripada kemodenan fikiran orang Melayu...bila fikir balik ini adalah salah satu benda yang boleh membuatkan seseorang mengimbas kembali zaman kecik atau muda mereka dan benda ni dah jadi sebahagian daripada budaya kita walaupun nampak agak kolot sekarang ini tapi agak sayang kalau budaya ini tidak diteruskan ke generasi akan datang...

Ada lagi ke pantang larang yang kome rasa pelik ekeke???moh kite share...

Saturday, August 1, 2009

merembes dengan kak bella...






salam...hari jumaat 31/7/09 aku,val,anbu,za dan ikin lunch dengan kak bella kat laksamana cheng ho...mekaseh la pada semua yang datang tu..kelam kabut jugak le makan coz nak kejo solat jumaat..so sesapa yang tak dapat join tu aku letak le gambo ni...tapi gambo makanan je la muehehe...nasib la sapa suruh tak join muahahahaha!!!...

Thursday, July 30, 2009

Bagaimana mengelak hati mati...


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

1. Jangan tinggal/abaikan majlis-majlis ilmu.

2. Jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28)

3. Jangan lupa membaca al-Quran.

4. Jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail.

5. Jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa...setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati...


**renung renungkan dan selamat beramal...

Wednesday, July 29, 2009

takde idea!!!






salam....uhuk uhuk...dah bape hari aku tak apdet blog ni rasa dah sekilo abuk ada ekeke..maleh beno(padehei takde idea) ekeke...lagipun minggu ni sampai hujung minggu depan aku bz skit...banyak perkara yang perlu diselesaikan jeng jeng jeng ekeke...macam2 hal la pendek kata kalah le YB Anbu kekeeke...

tapi hal yang paling buat aku tension pasal rumah mak aku tak siap2 lagik...harampit betui la contractor Ameng ni duit nak cepat buat koje cam harem je...takpe aku kasik can...dia kata nak siapkan sebelum puasa...ke aku yang nak siap cepat sangat muehehe!!!..tapi sedih bila ingat rumah lama tu..banyak kenangan kami adik badik sob sob sob...


*ada masa aku apdet lagi gambo yek...

Wednesday, July 22, 2009

Redha


1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

* Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".

*sekadar renungan bersama.....

Tuesday, July 21, 2009

hiburan malam...

salam....malam ni aku layan cite si capik je...balun je la layan gak wakaka!! nak buat cemana kan..semenjak rumah mak aku tengah renovate ni astro dah kena bukak...so layan TV1,TV2 je la..tapi aku tengok cam cite sembilu je..pelakon sepesen!!!....rupanye memang betui la usop selam punye cite cetttt!!! patut le sepesen pelakonnya!!...sib baik takde zed zaidi..kalo ade mesti kak pai ngelejat depan tv ekeke...peminat tegar zed zaidi tu muahaha...ok chow dulu..

kawanku migrain?????

salam...malam tadi aku cadang nak layan game MU vs Malaysia kat vanggey...kunun nak ajak Bro G la kan..perghh nasib baik la tak pegi..rupenye takde live kat astro muahaha...boring punye pasal aku layan la facebook...sekali nampak Bro G online...apalagi tros manja2,gedik2 chat dgn dia ekeke...sekali dia bagitau dia migrain prrrrrfthhh!!!...aisay nak caye ke idak ni prrftthhh?? tu la selalu kutuk aku migrain..sekarang ko plak kena...aku rasa kifarah utk ko la bro wakakaka....

Monday, July 20, 2009

Migrain...

adehh..semalam satu hari aku migrain...tido je..gila betul dah lama tak migrain camni!!..dah la hari punya la panas..perghh 7-8 kali mandi...Bro G kate kifarah buat aku kat dunia dah kena bako....adehh terkedu merkk dengoo opsss...aku dengo!!..ye la kifarah buat aku..Ya Allah..ampunilah dosa2 hambamu yg kerdil ini...

Saturday, July 18, 2009

Sifat Jahat di Hati...(Mazmummah)

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah je.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punye..)


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad Dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya...contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit..(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi..Ingat!! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)... pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada...


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu..bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulannya

jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukan dllnya....tetapi ialah MAZMUMMAH...Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA....samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya....semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan ini...

syukur...


Hmmm...17/07/07 sudah melabuhkan tirai..34 tahun telah ku hidup dibumiMu...terima kasih padaMu Ya Allah kerna memanjangkan usiaku...terfikir sejenak..setelah diberikan peluang untukku hidup selama sebanyak usiaku adakah kiraan amal baikku lebih banyak dari amal burukku?atau adakah disebaliknya?aku perlu berubah!!..aku harus berubah!!..berubah ke arah kebaikan...doaku Ya Allah..dengan peluang yang ada ini dapatku meningkatkan keimanan dan ketakwaanku padaMu,dapatku istiqamah dalam ketaatan padaMu,diselamatkan dari azab api nerakaMu,dihidup dan dimatikan dalam keadaan Husnul Khotimah dan dimuliakan disisi mu Ya Allah...buat ibuku Hajjah Esah Bt Mohamad terima kasih tidak terhingga kerna penat jerihmu mengandung dan melahirkanku...sesungguhnya hari lahir ini bukanlah untukku tapi untuk dirimu yang 9 bulan menanggung kesakitan,kepayahan sewaktu mengandungkan ku...

kepada Mu Ya Allah....sesungguhnya hambaMu insan yang kerdil ini tidak sanggup tergolong dalam golongan manusia yang Tanpa CintaMu...





Mirwana - Aku Tanpa CintaMu

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Monday, July 13, 2009

member lama...



chaitt baru jap tadi member wa yang dah 7-8 taun tak jumpa kontek wa...punye le lama tak call tetiba ntah mane datang angin moyan dia nak call wa chaittt...


BA: salam bang...lama tak denga cite?ko keje tempat lama ke?

WA: salam..weittt lama tak denga cite lu..apa bikin skrg bai?wa keje opis lama la...nama je tuko..

BA: tu la lama tak kontek ko...aku skrg bisnes..kira ok la tak mcm dulu bang..

WA: perghh bagus tu bang..mesti byk masyuk tu..rezeki lu la..

BA: tu la rezeki bang...ko pun kalo nak bole jd cam aku..

WA: huhh..wa makan gaji je la beb..weii lu bisnes apa?ayam pakai kasut ke ekeke...

BA: hahaha..ampess ko dari dulu tak berubah...ko pernah denga Hai-O tak?

WA: ehh bang..sori auditor panggil wa la..ampess la auditor ni..nanti la smbang lg..

BA: err ok bang..nanto aku kontek ko lagi...

WA: ok bang..teeettttt.


BA=Bio Aura
WA=Aku

niama terkena wa..ilang selera makan sehhhh....

membizi kan diri...



salam kembali...adehh 2 hari dah wa tak apdet blog...memacam hal la wa kena buat cuti 2 hari ni..sabtu pi membohjan ngan anak wa..ronda tak hengat sambey swit2 awek ekekeke..cetttt sorang pon tak layan wakaka..malam minggu plak lepak ngan kengkawan kat Desa Corner sampai pukul 12..mekaseh la Bro G,Ahak Maikel Owen,Sally,Ahkak Yus,Ahkak TL ekeke sbb sudi lepak sesama...sakan borak nasib baik tak lajak ke shogun ekeke...wa malam tu dah membara nak jadi emi ses dah wakakaka...ahad plak setengah hari wa dok kemas umah wa...perghh gile cam tongkang pecah semaknye siutt...adehh sampai bulan 8 la camni rasa cam mangsa gempa bumi je ekeke..gempa bumi pun gempa bumila asalkan semuanye siap dengan sempurna dan buat mak wa hepi...ok wa chow dulu ada staff bebel wakakakaa...

Friday, July 10, 2009

gebang kosong...


petang semalam wa lepak dgn bestfren wa nyah kertu G wakaka...lepak kat persanjung...saja gebang2 kosong,soksek2,polok2 laga pipi,gossip skit awww...tak rela wa!!..pekena roti canai beso gedabak+teh madras perghhh masyukk woo tgh sejuk2 ujan..lupe plak wa nak amik gamba maklum le skrg ni wa tgh pakai henpon cap ayam tade kamera pinjam kat member wa plak tu wakaka..hina betui!!..takpe la janji wa bole call,sms...lepak sampai pkl 8 pastu kitaorang gerak la sbb nak kejar solat maghrib...tengkiu bro G sbb sudi lepak dgn wa+bayo plak tu ekeke..wlaupun lepas tu dia ajak wa lepak area waller court..tatau la dia nak buat apa kat situ wa harap dia dah insap wakaka...cargasss larikkkk...


Wednesday, July 8, 2009

demam???


adehh wa rasa badan wa dah satu macam ni..nak demam kepialu ke hape!!..semalam wa berujan masa amik anak wa kat taska..biar la wa kena ujan asalkan jgn dia yang kena..rupanye anak wa memang dah demam wahaha..wa pun cargas la pi Perak Community Hospital..risau beb kang tak pasai kena selsema babi ke hape...nasik baik la tade yg seyes..anak wa ni payah skit kalo demam ke hape sbb dia jenis diam kalo sakit siap bole biru2 molot siot..tu yang wa kena cargas cepat ke hospital kalau dia demam...pagi ni wa rasa ting tong je pale..badan panas semacam..haiihh kena tambah ubat lagi...jenuh ngulam ubat je..takpe la...biar la wa sakit asalkan anak wa sihat...to bro G sori la wa tak dapat datang tolong lu malam tadi..wa nak suap anak wa makan dulu..lu jangan marah,kecik ati dgn wa ye bro...lu marah wa sontot lu muahaha...ok choww!!!



Tuesday, July 7, 2009

erti kebahagiaan


salam kembali...lambat plak apdet blog ni...sori wa tak abis lagi jiwa kaco..berperang dgn emosi yang tiada kesudahan wahahaha...jiwang ke wa ni!!..ekeke..tapi gitulah lumrah kehidupan...semua manusia inginkan kebahagiaan hidup tapi kita ni mudah lupa dan alpa termasuk la wa skalik huhu...


kebahagiaan yang sebenar ialah kebahagiaan akhirat... sekalipun ada sesuatu yang dapat menyampaikan manusia kepada kebajikan dan kebahagiaan tetapi kebahagiaan akhiratlah yang benar daripada segala tujuan itu...wa tingat kata2 guru wa dulu...kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan tanda kasihnya…tak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah…tapi dihidangkan keperitan, susah dan payah yang tiada sudahnya....


wa harap wa dan kengkawan yang senasib dengan wa termasuk dalam golongan ni insyaAllah...jangan sedih2,muram,buat muka poyo...takde pekdah bebbb!!! muahahaa...ok wa nak makan dulu...nanti wa sambung moyan lagi haha...

Monday, July 6, 2009

sabar bro!!


huhh malas betui wa nak wat keje..terlalu banyak perkara yang bermain dalam paler otak wa ni..fikiran bekecamuk gile..rilek bro tenang2...ingat orang yang tersayang perghh ayat!!! muahahaha..


tapi wa insan biasa yang juga punya perasaan..ingin buat sesuatu keputusan tanpa ada tekanan dari sesiapa pun..adehhh tension2...takpe la..wa anggap ni sebahagian dari dugaan hidup..wa kena kuat semangat..yang penting wa berbaik sangka dengan semua orang..wa tanak sakitkan hati sesiapa dengan harapan satu hari nanti derang akan sedar pengorbanan yang wa lakukan selama ni...La Takhaf Wa La Tahzan...

Saturday, July 4, 2009

@#$%!@#@$...


@#@$$@!%...ampess..henpon wa jatuh dalam lubang jamban pagi tadi...tgh sedap main blockbreaker bole terlucut plak..tros sentap wa nak membrott..dah hantar pi repair lagi seminggu baru siap adesss...member wa tanye jatuh kat mana..wa kata air tumpah wakakaka nasib la kan!!...ni badi wa letak gambo jamban smalam la ni cettt!!!..woittt ape gelak2...nak bace...bace je la..marah ni!!...opsss sabo sabo...setiap apa yg berlaku tu ada hikmahnye...hehe..

Friday, July 3, 2009

yes or no?


adehhh ampess betui bebudak opis wa ajak karaoke plak malam ni...mau kuarr lagu rock kapak,rock leleh bagai tu..boss wa pun nak folo skalik mesti juai nama vanggey le ni muahaha..tapi aritu wa heran siut...otai2 pun die bole layan lagu letto-sebelum cahaya tu..perghhh!!..cemana ni erk..nak pi ke idak?(dalam hati tu berkobar siut nak pi haha...)

kire jadik la...malam ni wa ingat layan lagu pawana-search...perghh mana nak carik kasut aliph wa ni muahaha...

betui ke ni????




nak caye ke tak caye?nak caye ke tak caye? perghh..cam tak caye je wa dah bikin blog...nampak sangat kurang kasih sayang bak kata kengkawan wa la muahaha..niji punye pasai la dok tunjuk budak kecik pon ade blog..rase hina betuiii ekeke..so lepas ni bole la wa merapu meraban kat sini ekeke..mmm ape wa nak moyan lagi ni erkk...jap lagi la tadak idea sehhh..cittt!!!...

Thursday, July 2, 2009

2 Julai 2009


Sesuatu yang indah kadang kala tidak akan kekal... Namun yang akan bersemadi adalah satu perasaan yang sukar dimengerti...

Blog Widget by LinkWithin